Hubungi kami

Selamat datang dan terimakasih di atas kunjungan anda.

Syariat Islam telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab untuk bermuzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan tersebut berteraskan kepada akal yang sihat, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kesemua ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya. Perbezaan pendapat manusia dalam pelbagai hal merupakan lumrah hidup dan tabie manusia.

Apa yang penting perbincangan kita haruslah menjurus kearah MECARI KEBENARAN…..

Hantarkan luahan, pandangan dan pendapat anda atau pertanyaan mengenai info program program yang telah kami sediakan
ke email kami seperti di bawah.

Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada kita semua….

pkrlabuan@hotmail.com

10 comments on “Hubungi kami

  1. Slogan 1 Malaysia x harus dilaung kan kerana x sesuai untuk Negara Malaysia kerana cuti -cuti umum untuk perayaan kaum lain kenapa bol eh dinikmati oleh kaum India sepanjang tahun………? Tidak adil untuk kaum lain.Perlu dikaji supaya kepuasan dapat dicapai oleh semua suka kaum di Malaysia

  2. Saya bukan penyokong BN. Tetapi percayalah DSAI bukanlah pemimpin yang akan bergelar Perdana Menteri selepas PRU13. Selepas teori RAHMAN akan menyusul teori RAHIM. DSAI adalah yang kedua selepas ‘R’ dalam teori RAHIM.

  3. saya memberikan satu nasihet dan pandangan yang lebih baik dan praktik kepada parti pembangkang PR supaya tidak bertanding di Sabah,jika mereka mahu menakluki putrajaya serta mahu membebaskan Datuk Anwar daripada terus difitnah oleh rakan-rakan politik beliau.Anwar pasti jadi Perdana Menteri selepas PRU-ke 13 jika PR tidak bertanding di Sabah dan Sarawak.Bagi tugas untuk kalahkan BN/UMNO kepada parti tempatan seperti STAR dan SAPP.STAR dan SAPP sedia berkerjasama dengan PR setelah menang dalam pilihanraya nanti.Tolong berikan saya nombor telefon presiden PKR atau Timbalan PKR dan DAP,PAS saya bercadang untuk berhubung dengan mereka tentang cadangan ini,atau sila hubungi saya di nombor tel 019 861 9507,maslan maginda,setiausaha bahagian SAPP N7 Kadamaian Kota Belud.

    Kita berjaya jika kita mencapai perserujuan dengan cadangan ini.sekian dan terima kasih.

  4. salam,tuan dimana pejabat PKR di Labuan?kalau sudah tahu,senang berkunjung untuk mendaftar sebagai ahli.terima kasih

    • saudara zamani,
      Anda boleh memuat turun borang pendaftaran dari “tab/menu” daftar ahli. T/kasih diatas minat yang anda tunjukkan.
      wassalam

  5. salam,saya sebenarnya sudah terlalu lama untuk menanti penubuhan parti PKR di labuan.Penantian ini bukan hanya saya tetapi oleh seluruh rakyat yang menetap dilabuan yang sangat dahagakan reformasi dalam kepimpinan.Terlalu banyak masalah dan isu yang sudah berkudis harus diselesaikan dilabuan.Masalah jambatan kereta,masalah PATI,masalah parking kereta,masalah perumahan terbengkalai,masalah ketiadaan pakar dihospital,masalah kebanjiran kelab malam,malasah projek terbengkalai(cnth: masjid durian tunjong/pelebaran jalanraya/stesen parking bus),masalah pusat judi.Semua masalah ini sudah bernanah dalam era pemerintahan BN selama 53 tahun.Tetapi tidak ada satupun yang cuba diselesaikan malahan dibiarkan.Tuan,gerakkerja untuk merubah situasi ini sudah bermula cuma tidak ada satu wadah yang menunjangi pergerakan ini untuk merobah rentetan keperitan rakyat khususnya dilabuan.Penubuhan parti PKR dilabuan terlalu tepat bagi mengisi perjuangan menuntut hak rakyat yang telah dicemari oleh kebobrokan pemimpin BN.Semoga usaha murni ini membuahkan hasil dengan adanya pengemblengan tenaga yang berterusan.Pepatah socrates ada mengatakan ‘dari rakyat untuk rakyat dan kepada rakyat’.

  6. Selamat pagi tuan.

    Pagi ni saya sempat bertanya kepada rakan berlainan tempat kerja berkenaan Hari Depavali yang jatuh pada 5hb November 2010. Saya berasa hairan kerana kawan tersebut mengatakan semua negeri bercuti pada hari tersebut kecuali Sarawak dan WP Labuan. Bila saya bertanya kepada rakan di JPA, beliau mengatakan semua negeri di Malaysia cuti kecuali WP Labuan. Sarawak yang pada tahun lepasnya tidak mendapat cuti, bercuti pula pada tahun ini.Setahu saya, Depavali merupakan hari cuti nasional. Kalau Labuan di kecualikan, apa rasionalnya Labuan ni jadi wilayah persekutuan? Di mana keadilan untuk warga Sabah yang bekerja di sini?

    • Assalamualikum sdr nebiula,
      Berikut adalah penjelasan yang kami terima dari kebanyakan pegawai pegawai kerajaan di W.P Labuan yang kami hubungi.
      Menurut mereka, cuti umum di Malaysia turut di pengaruhi oleh faktor kesesuaian masyarakat setempat.Dalam kes ini, walaupun Labuan merupakan Wilayah Persekutuan, mereka melihat Perayaan lain seperti Pesta Menuai lebih memenuhi kesesuaian untuk masyarakat di Labuan ( Walaupun pada dasarnya cuti tersebut hanya untuk Sabah sahaja). Untuk itu ia di istiharkan sebagai cuti umum untuk W.P Labuan tetapi tidak untuk perayaan Deepavali walaupun ia merupakan cuti umum untuk Wilayah Persekutuan.
      Semoga penjelasan yang mereka berikan dapat kita terima bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s