2 comments on “UMNO LEBIH BERSEDIA DENGAN CALON TEMPATAN

    • “Rakyat untung bila pembangkang kuat”….kita harus berani berubah.
      Walau apa pun keputusan PRU13 nanti, kita harus sedar akan manfaat besar yang dinikmati sekiranya sistem dua parti dapat dirintis dan disuburkan. Mana-mana parti pemerintah akan sentiasa berasa diperhati dan dihakimi daripada dekat kerana pada bila-bila masa kedudukan mereka boleh diganti. Mereka tidak boleh lagi sewenang-wenangnya memperbodohkan rakyat atau menganggap diri dan kelompok sahaja yang betul dan benar.

      Suara rakyat, yang dianggap gema keramat, kini sukar untuk diremehkan, apatah lagi undi yang diperolehi gabungan parti yang menang pun, seperti BN pada Mac 2008, hanya mewakili sekitar 51 peratus. Maknanya kerajaan hanya mewakili sebahagian rakyat. Justeru, sebarang pembentukan polisi awam, dasar-dasar utama atau rancangan penting kerajaan perlu melibatkan pelbagai sektor masyarakat, termasuk mengambil kira kritikan pembangkang.

      Natijah akhirnya, ia akan memberi keuntungan kepada setiap warga walau apa pun keputusan PRU nanti….namun ini hanya terjadi jika pembangkang di Labuan khususnya cukup kuat untuk sekurang kurangnya membangunkan kepimpinan UMNO yang selama ini boleh tidur dengan khusyuknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s