LABUAN: Ekonomi Labuan akan makmur seperti Pulau Pinang jika kerajaan persekutuan tidak membatalkan projek untuk membina sebuah jambatan ke Sabah, kata Ketua PKR Labuan Simsudin Hj Sidek.
” Pakatan Rakyat di sini berpandapat bahawa jambatan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di sini dalam setiap aspek, baik dalam jangka pendek dan panjang”.
” Kami juga percaya bahawa kebanyakan penduduk di sini akan bersetuju bahawa jika projek jambatan tersebut diteruskan, ia akan menjadi mudah bagi mereka untuk pergi dan dan balik ke Sabah, Brunei dan Sarawak, “katanya.
Simsudin mengulas ucapan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai jambatan Pulau Pinang yang pertama, yang pernah disifatkan oleh pembangkang sebagai satu pembaziran wang , kemudian terbukti menjadi satu penyumbang besar kepada pembangunan negeri tersebut.
Jika beliau mendakwa pembaziran wang berkenaan dengan jambatan yang kemudian ternyata satu idea cemerlang, maka adakah kita harus yakin ia bakal merupakan satu pembaziran wang untuk membina jambatan Labuan untuk menyambungkan pulau ini ke Menumbok?.
“Adakah jambatan Labuan tidak berpotensi menjadi satu penyumbang besar dalam jangka masa panjang untuk pembangunan pulau ini dan penyelesaian kepada kebanyakan masalah yang dihadapi oleh yang lebih 80.000 orang di sini, jika projek itu dilanjutkan?.” Soal beliau.
Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai jambatan Pulau Pinang yang pertama ketika melancarkan kempen Icon Membaca Kebangsaan dan Nilai 1Malaysia di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur pada hari Isnin.
Muhyiddin telah mengumumkan pembatalan projek jambatan Labuan yang bernilai RM3 bilion pada bulan Julai 2010 ketika beliau melawat pulau ini.
Sebelum projek itu dibatalkan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjalankan kajian ke atas projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM5 juta dan pembangkang menganggap ia satu pembaziran wang kerana tidak meneruskan projek tersebut.
Simsudin berkata ketua pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa jambatan Labuan yang dicadangkan akan dibina dan akan selesai jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya Umum ke-13 akan dating.
Beliau berkata banyak pihak mula mengeluh mengenai harga barang-barang keperluan yang mahal dan kos hidup di sini yang lebih tinggi.
“Menteri kesejahteraan Bandar dan Wilayah Persekutuan , Datuk Raja Nong Chik turut mengakui hakikat tersebut.
“Beliau memberitahu media semasa di Buhavan Square, Penampang pada April 16 bahawa harga barang-barang di sini lebih mahal sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding dengan tempat-tempat lain.”
Terdahulu, PKR Labuan yang mewakili Pakatan Rakyat di sini telah mengemukakan satu memorandum kepada beberapa agensi disini dalam usaha menggesa mereka untuk menyelesaikan masaalah kenaikan harga barangan di Labuan.
Antara mereka yang menerima memorandum itu ialah jabatan Kepenggunaan dan Koperasi Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Labuan Ferry Corporation (LFC) Sdn Bhd dan ahli Parlimen Datuk Yussof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.
“Cadangan daripada pihak yang terlibat untuk menangani kenaikan harga adalah baik tetapi ia hanya merupakan penyelesaian jangka pendek. Jika tiada penyelesaian jangka panjang diambil, maka masalah yang sama akan kembali,” Katanya.