One comment on “Beri kad pengenalan mampu ancam negara – Dr Jeffrey

  1. Kemasukan pendatang tanpa izin yang memiliki Mykad ini hanya akan mengakibatkan pertambahan kepada belanjawan negara dan mereka ini kini mula memberi masalah kepada penduduk tempatan.

    Antara masalah yang timbul ialah, pendatang tanpa izin ini sudah mula menguasai kegiatan ekonomi kecil di Labuan seperti pesaingan di Medan Selera dan pasar tani yang sekaligus menidakkan peluang ekonomi penduduk asal Labuan.

    Tidak mustahil mereka ini akan menuntut hak seperti bumiputera kerana mengikut dokumen mereka sah di sisi undang-undang, sedangkan mereka ini sebenarnya adalah golongan yang dieksploitasi pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan demi kepentingan politik.

    Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Ketika mempengerusikan sidang meja bulat bersama akhbar tempatan di Pejabat Suhakam, turut mengakui bahawa “ramai pendatang tanpa izin memiliki Mykad.Ada di antara mereka telah lama menetap di sini.Ini bukan satu masalah yang baru.Ia berlaku sejak beberapa tahun lamanya.Isu ini akan memberi kesan negatif kepada lanskap politik, ekonomi, budaya dan sosial negara”

    Apa yang lebih menyakitkan mereka di layan seperti tetamu terhormat oleh kerajaan malah dilayan lebih isitimewa dari dari rakyat tempatan. Lihat saja bagaimana selesanya mereka berada di penempatan baru sekarang di Kiamsam. Hari ini rumah terbakar, esok sudah pindah rumah baru. Banyak lagi orang Labuan pada hari ini yang tidak punya rumah sebaik rumah penempatan yang di sediakan untuk pendatang haram ni. Kalau rumah orang tempatan terbakar, terpaksa minta kasihan saudara atau kawan kawan untuk menumpang beberapa bulan sebelum buat rumah untuk keluarga, atu pun kalau mampu buat rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s