8 comments on “Labuan selepas 26 tahun…..Hak dan Keistimewaan sebagai sebuah Wilayah.

  1. @Hussin Abdullah
    Anda nampak terlalu bersemangat dalam memperjuangkan masaalah sahsiah di kalangan remaja dan belia di Labuan tetapi pada masa yang sama berpendirian pembangunan tidak penting malah mengatakan kalau labuan tiada pembangunan tidak mengapa…….Lebih parah lagi apabila anda mengakui seseorang yang melibatkan diri dalam dalam urusan belia. Harap harap anda bukan presiden persatuan belia di Labuan!!!!

    Sesuatu yang menarik jika anda dapat berkongsi pendapat tentang bagaimana cara anda membantu dalam menangani masaalah sahsiah di kalangan belia dan remaja tanpa membabitkan pembangunan yang semestinya merangkumi pembangunan ekonomi, pembangunan infrastkutur dan pembangunan sosial???

    Hanya dengan pembangunanlah kita dapat mambantu menyediakan golongan belia membina keupayaan, pengetahuan, kemahiran dan dan seterusnya memberi kesedaran akan Peranan Belia Dalam Pembangunan Modal Insan demi pembentukan keperibadian yang lebih baik . Ini meliputi aspek kepimpinan, membuat keputusan, melahirkan pendapat, keusahawanan, pembangunan intelektual dan sebagainya agar mereka boleh membina kemakmuran lebih bermakna di masa hadapan untuk mereka sendiri dan masyarakat amnya .

    Pembangunan infrastruktur misalnya dalam menyediakan Kemudahan infrastruktur Pusat Kegiatan Rakan Muda, penyediaan sekolah akademik, sekolah agama, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dan institusi pengajian tinggi dan lain lain lagi.

    Pembangunan ekonomi pula adalah amat penting untuk memastikan golongan belia ini mempunyai pekerjaan tetap dan seterusnya menyediakan peluang peluang perniagaan yang lain untuk mereka dan seluruh rakyat amnya.

    Bayangkan apa akan terjadi kepada para belia kita tanpa pembangunan seperti yang disebutkan di atas?
    Sepesat mana pun pembangunan, ia tidak akan dapat menyelesaikan masaalah sahsiah di kalangan belia dan remaja.Apa yang pasti, keadaan akan jauh lebih parah tanpa pembangunan.

  2. bunyi dentuman di langit tempayan kita tadahkan itulah ibarat Labuan selau saja di gembar-gemburkan tapi indah khabar dari rupa.kalau mahu di bandingkan dengan Putrajaya dan Langkawi,Labuan jauh panggang dari api dari segi landskap instruktur dan pembangunan betul juga lah dorang dekat cepatlah masak.jangan tanya apakah sumbangan negara kepada kita tapi sebaliknya apakah sumbangan kita pada negara…menyampaikan pendapat adalah satu tanggungjawab kita sebagai rakyat.

  3. salam,

    Pada pendapat saya kenyataan yang mengatakan “kalau labuan tiada pembangunan tidak mengapa” ataupun “Klau kita hanya sekadar berkata tentang pembangunan sedangkan masalah sahsiah tidak ditangani labuan tidak akan bermakna” tidak seharusnya timbul jika kita punya pemahaman yang jelas dan nyata tentang tafsiran proses apa yang di namakan pembangunan .

    Pembangunan dalam erti kata yang lebih luas turut merangkumi pembentukan keperibadian remaja dan belia itu sendiri.
    Saya juga merupakan seorang anak jati Labuan.Tidak terlalu belia tetapi cukup matang untuk berfikir secara rasional, logik dan objektif.Saya juga ingin melihat sesuatu isu itu dari sudut ruang pandang yang lebih luas.
    Masaalah kefahaman berkenaan sesuatu isu lazimnya terjadi apabila kita menyempitkan pemikiran kita pada satu penafsiran yang terlalu sempit untuk sesuatu istilah.Misalnya maksud pembangunan itu sendiri…..
    Untuk tafsiran sempit, pembangunan itu mungkin semata merujuk kepada bangunan tinggi pencakar langit, bangunan megah, landscape yang mengkagumkan dan sebagainya.

    Kita tidak seharusnya membuat tafsiran sempit hanya berdasarkan bahasa dan terhad pada sesuatu ayat, artikel atau tulisan.
    pembangunan dalam erti kata yang lebih luas turut merangkumi pembentukan keperibadian remaja dan belia itu sendiri.
    Pembangunan dalam konteks Islam bermaksud keupayaan untuk mewujudkan ciri-ciri keislaman dalam diri individu, keluarga, sosial dan kehidupan umat dan juga pengurusan sesebuah negara.

    “Oleh itu jangan kita perbandingkan lagi pembangunan. telah sampai waktu untuk melihat dari sudut yang lain. Ini adalah kerana terdapat terlalu banyak masalh sahsiah dikalangan belia malah golongan2 tua juga sama”
    Kita tidak perlu melihat dari sudut lain apabila membicarakan masaalah sahsiah di kalangan belia atau orang tua kerena ia masih merangkumi aspek pembangunan itu sendiri. Ia hanya mungkin tidak di huraikan secara panjang lebar dalam satu artikel pendek mengenai pembangunan. Seperti yang di nyatakan sebelum nya, Kita tidak seharusnya membuat tafsiran sempit hanya berdasarkan bahasa dan terhad pada sesuatu ayat, artikel atau tulisan.

    Pada umumnya, pembangunan mempunyai maksud yang luas dan menyeluruh. Ia sering merujuk kepada soal-soal material serta keseimbangan dengan spritual. Pada pandangan Islam, pembangunan ialah pengisian kekosongan dan pengukuhan rohani dan jasmani umat islam itu sendiri. Disini amat jelas betapa perlunya seseorang itu perlu membuat sedikit kajian maksud pembangunan dalam erti kata yang lebih luas sebelum mambuat ulasan yang tersasar jauh dari message yang cuba di sampaikan didalam sesuatu artikel.Apatah lagi artikel yang dirujuk dengan jelas menyebut pembangunan dari segi ekonomi,insfratruktur dan SOSIAL.

  4. salam
    saya merupakan anak jati labuan. masih belia muda mungkin mentah.
    namun saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan terhadap artikel diatas.

    sekitar tahun 2007 tatkala umur lingkungan awal 20an, pemikiran kita adalah sama. Iaitu labuan kurang pembangunan. tetapi pada tahun itu juga saya melibatkan diri dalam urusan belia. tatkala itu pendirian saya berubah. kalau labuan tiada pembangunan tidak mengapa. Ini semua berlaku kerana saya terpanggil untuk melihat sahsiah remaja dan belia lebih diberi penumpuan. Klau kita hanya sekadar berkata tentang pembangunan sedangkan masalah sahsiah tidak ditangani labuan tidak akan bermakna.
    Oleh itu jangan kita perbandingkan lagi pembangunan. telah sampai waktu untuk melihat dari sudut yang lain. Ini adalah kerana terdapat terlalu banyak masalh sahsiah dikalangan belia malah golongan2 tua juga sama. bangkit wahai insan jangan lalai takut2 Allah murka tidak sempat kita sedar neraka menjadi tujuan.Kata2 ini saya tujukan khas untuk semua tanpa mengira kabilah mana diikutnya

    “Selain Labuan,ada dua lagi wilayah persekutuan iaitu KL dan Putrajaya. Saya yakin dan percaya kedua2 wilayah itu di tadbir oleh anak jati nya sendiri. Begitu jugalah yang kita mahu ada pada Labuan. Dalam hal ini Sabah di lihat antara org yang paling dekat dengan kita dan tidak ada salahnya jika mereka di beri peluang mentadbir atau tunjuk ajar kepada bakal pemimpin tempatan”

    perenggan ini saya petik kerana untuk pengetahuan pihak penulis.

    Tan Sri Samsudin bin Osman adalah anak jati johor
    presiden perbadanan putrajaya

    manakala

    DATUK SERI AHMAD
    FUAD BIN ISMAIL datuk bandar raya kuala lumpur anak jati kedah

    saya tidak mahu menegakkan apa2 cuma setiap kali kita membuat apa jua artikel yang paling utama adalah kajian, saya tidak menyebelahi mana2 pihak kerajaan atau bukan. bagi saya apa yang lebih penting ialah ketelusan setiap pihak dalam mencari kebaikan dunia dan akhirat.

    “Aku bukan baik, tetapi tidak mahu selamanya jahat”

  5. Rasanya Labuan bukan dianaktirikan tapi kalau ada kategori yang lebih bawah dari anak tiri di situ lah labuan ditempat kan. Saya pernah bekerja di Putrajaya sebelum pindah ke Labuan. Memang jurang pembangunan di kedua-dua tempat amat besar bezanya. Tahun lepas(selepas 1 tahun lebih meninggalkan Putrajaya), saya meluangkan masa menaiki erl dari KLIA ke KL melintasi Putrajaya. Banyak projek pembangunan dilaksanakan di sana.Tapi apa yang ada di Labuan? Projek bersebelahan terminal bas dari tahun 1999 hingga sekarang belum siap-siap. Pelikkan tapi benar.

  6. rakyat Labuan bukan baru dalam dunia pentadbiran mereka pun tahu membuat keputusan cuma delegasi terhadap jawatan2 tersebut tidak diberi kesempatan sedangkan kita sudah ada malah melebihi pengalaman untuk memainkan tanggungjawap tersebut ilmu pun sebanding apatah lagi pendedahan…ramai cerdikiawan rakyat Labuan terpaksa keluar kenegeri lain dan mereka berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s