3 comments on “Rasional keperluan bangunan penjara di Labuan

  1. Kompleks Penjara Labuan dengan kos RM79 juta dibina di dalam dua fasa di Bukit Timbalai off Kampung Buton, pulau Labuan, Sabah, Malaysia. Fasa 1 dengan kos RM35 juta lengkap dengan kuarters staf, taman rekreasi, masjid, dewan komuniti dan kemudahan lain.

    Penjara lain yang dibina dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) ialah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, Penjara Perlis dan Penjara Sungai Udang, Melaka.

    Pada 5 September 2009, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan bantahan awal pemimpin komuniti dapat dijelaskan. Projek itu tertangguh pada Julai 2009 kerana bimbang dengan keselamatan setempat dan imej yang dibawa. Penjelasan diberikan oleh ketua jabatan kerajaan dan Labuan Corporation pada Ogos 2009. Kini, projek itu akan diteruskan semula.

    Yang paling lantang membantah adalah Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Wilayah Perse-kutuan Labuan.

    Labuan yang merupakan sebuah pulau kecil dengan kepadatan penduduk-nya tidak sampai 100,000 orang tidak memerlukan segera pembinaan sebuah penjara.

    Kita tidak mahu Labuan yang di kenali sebagai sebuah pulau yang bersih dan indah serta mempunyai status ke-wangan luar pesisir antarabangsa akan bertukar bertu-kar imej kepada “Pulau Ban-duan,” katanya.

    Mereka telah membuat rayuan kepada Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Perse-kutuan, Dato’ Ahmad Phesal Talip supaya projek yang tidak memberi keuntungan kepada warga Labuan dibatalkan atau digantikan dengan projek lain yang lebih menjurus kepada kepentingan rakyat tempatan.

    Dalam waktu yang sama mereka juga turut meminta kepada Jabatan Penjara Malay-sia, supaya cadangan pembina-an penjara itu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak Perbadanan Labuan.

    Saya persoalkan di sini, dimana fungsi MP Labuan sendiri dalam menghadapi perkara ini?Bukti MP Labuan gagal dalam memjalankan tugas!!

    • Sebenarnya Labuan tidak memerlukan penjara.Alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk membina penjara di Labuan masih boleh dipertikaikan.Ada perkara atau projek penting yang perlu didahulukan bagi faedah penduduk Labuan,antaranya menaiktaraf hospital Labuan,menaiktaraf jalanraya,memindah dan menaiktaraf jeti pendaratan feri dan menyiapkan beberapa PROJEK SAKIT seperti Pasar Ikan/Terminal Bas dan Teksi,Jeti Pendaratan Ikan diKiamsam,SK Bebuloh dan Masjid Perbadanan Labuan berhampiran SM Teknik.Inilah projek-projek yang sepatutnya diberi keutamaan kerana ia memberi faedah secara langsung kepada penduduk Labuan.Semua ahli politik dan rakyat Labuan sepatutnya menyampaikan mesej ini kepada kerajaan BN.Sepatutnya majoriti selesa yang diperolehi dalam PRU 2008 dihargai dengan berkerja lebih keras untuk menunaikan manifesto/janji pilihanraya dan memenuhi keperluan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s