6 comments on “Jambatan Labuan-Menumbok Tidak Berbaloi…Tapi Ani Berbaloi

  1. @Saudara jon garang,
    Tidak praktikal dan pembaziran??????
    Diharap saudara jon boleh berkongsi pendapat berasaskan fakta disini mengenai unsur unsur tidak praktikal dan pembaziran yang anda lihat dari pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok!!!

    kita harus melihat manafaat Jambatan ini dalam masa jankapanjang dan faedahnya kepada rakyat keseluruhannya dan bukannya hanya kepada segelintir individu atau pemimpin tertentu sahaja.Di antara masaalah utama penduduk tempatan hari ini ialah mengenai harga barang keperluan asas yang lebih mahal 20% – 30% berbanding negeri lain.

    Ini disebabkan oleh kos penggangkutan yang tinggi dengan menggunakan Ferry yang terpaksa di bayar oleh pembekal. Hakikat ini diakui sendiri oleh Datuk Tan Lian Hoe, timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ketika perjumpaan khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 3 ogos baru baru ini di Labuan.Menurut beliau, faktor yang mendorong kepada kenaikan harga barangan tersebut adalah disebabkan kos pengangkutan tinggi untuk membawa masuk barangan dari Tanah Besar ke Labuan.Apabila harga kos pengangkutan mahal, secara tidak langsung harga barangan turut menjadi mahal dan membebankan para pengguna.

    Banyak projek lain yang mungkin dapat kita lihat sebagai tidak praktikal dan pembaziran.Di antara contoh yang jelas adalah kompleks Penjara.Amat jelas sekali Jambatan bukan salah satu projek yang tidak praktikal ataupun satu pembeziran dari kacamata rakyat tempatan.

    Untuk pengetahuan saudara jon Garang, cukai terkumpul W.P Labuan dari Petronas,Shell, Murphy Oil dan lain lain adalah sebanyak 1 Billion setahun……
    http://dailymail.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1292%3Astudy-on-bridge-on&catid=1%3Ageneral&Itemid=11

  2. pada saya jambatan tidak praktikal dan pembaziran. Labuan tidak ada banyak potensi hingga memerlukan kos berbilion pembinaan jambatan

  3. 10km, tu jarak antara Sabah – Labuan. Maka, pembinaan sebuah janbatan yang berstruktur lurus antaranya juga hanya akan mengambil jarak yang sama.hujah Menteri bahawa peningkatan material cost adalah tidak logik.

    Saya mahu membandingkan pembinaan Jambatan Labuan ini dengan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang. Bagaimana kerajaan boleh meluluskan jutaan ringgit, dalam RMK9 untuk membina Jambatan Ke-2 Pulau Pinang, tetapi menidakkan Jambatan Labuan? kita ketahui, kos pembinaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan Jambatan Labuan.

    Hujah Menteri, faktor keperluan lebih memihak pada perlunya Jambatan Ke-2 Pulau Pinang dilihat seolah suatu kenytaan kebenaran bahawa kerajaan BN selama ini menidakkan hak warga Labuan. Ini juga membuktikan bhwa, populasi warga Labuan yang sedikit tidak penting pada BN!!

  4. Kenyataan yang dibuat oleh TS Muhyiddin dan Dato Raja Nong Chik langsung tidak mengambarkan kemahuan majoriti penduduk Labuan dan wilayah yang berhampiran seperti Sabah,Sarawak dan Brunei yang menyokong pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok.Menteri Pusat cuba menafikan keperluan jambatan ini sebagai penjana kemajuan ekonomi dan pelancongan dengan memberi alasan kos yang tinggi dan tidak berbaloi.Memang kosnya agak mahal iaitu sekitar RM2-3 billion tapi ia pasti menguntungkan untuk jangkamasa panjang.Mereka lupa agaknya dah berapa banyak sumbangan hasil minyak/gas dan kutipan cukai yang diperolehi dari Sabah dan Labuan!Nah…inilah masanya hasil kekayaan Sabah dan Labuan sewajarnya digunakan untuk menampung kos pembinaan jambatan itu.

  5. Berikut adalah rekod Parlimen (SULIT), berkenaan isu PENIPUAN Pembinaan Jambatan Labuan:PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA (ISNIN,15 JUN 2009)

    SOALAN NO: 53 (Rujukan No.2)

    DARIPADA:YB DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD[SIPITANG]

    SOALAN:

    Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :

    Hasil kajian awal cadangan projek pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Sabah.

    JAWAPAN:

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Sipitang, Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan Dari Labuan ke Menumbok/Mempakul, Sabah telah bermula pada 1 Februari 2009.

    Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilantik untuk melakukan kajian berkenaan. Tempoh kajian adalah selama 8 bulan dan ianya dijangka siap pada Oktober 2009.

    Kajian Kemungkinan ini telah masuk kepada bulan kelima dan telah mencapai 60% status pelaksanaan dan mengikut jadual. Inception report telah dikemukakan oleh pihak Konsultan pada bulan April 2009 dan dijangka laporan interim akan dikeluarkan oleh pihak Konsultan pada hujung Julai 2009. Jika bersesuaian, Kementerian bercadang untuk memasukkan projek ini sebagai projek RMK-10 kelak.

    Memandangkan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan ini masih lagi di peringkat pelaksanaan, maka hasil daripada kajian ini masih belum dapat dikemukakan. Hasil kajian hanya akan diperolehi pada awal Oktober 2009 dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan Dari Labuan Ke Menumbok/ Mempakul, Sabah. Hanya selepas itu, hasil kajian akan diterbitkan untuk rujukan dan tindakan sewajarnya.
    ————————————————————

    -Saya persoalkan, Andai benar mahu dimasukkan dibawah RMK10, mengapa sehingga kini,setelah setahun, tiada satu dokumen hasil kajian pun dikemukakan?? Apa helah disebalik tindakan Kerajaan Pusat ini?Mahu menangguh sehingga Pilihanraya??

    • Di antara persoalan lain….Kenapa Datuk Sapawai Ahli Parlimen Sipitang dan bukan ahli Parlimen Labuan yang berdiri di Parliman bertanyakan pasal Jambatan Labuan-Menumbok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s